Isnin, 11 Jun 2012

Rancangan Mengajar Harian Geografi Tingkatan 2


Contoh Amalan Terbaik
dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Geografi
Tingkatan 2
 



TINGKATAN :           2
MASA             :           80 MINIT
TEMA             :           DINAMIK PENDUDUK
TAJUK           :           KESAN PERUBAHAN PENDUDUK TERHADAP ALAM SEKITAR

HASIL PEMBELAJARAN

Standard Kandungan
Murid hendaklah diajar:
a.    Kesan-kesan perubahan penduduk terhadap penerokaan sumber.
                                          i.    Air
b.    Langkah-langkah penerokaan sumber air secara terancang.

Standard Pencapaian
Murid boleh:
a.    Menyenaraikan kesan-kesan perubahan penduduk terhadap penerokaan sumber air.
b.    Menghuraikan dengan contoh-contoh kesan perubahan penduduk terhadap penerokaan sumber air
c.    Mencadangkan langkah-langkah penerokaan sumber iar secara terancang.

Bahan Bantu Mengajar:               Foto dan lembaran kerja

Langkah Pengajaran:
1.    Set Induksi
a.    Guru menunjukkan sekeping foto sebatang sungai yang tercemar dengan sampah sarap. (Lampiran 1)
b.    Guru meminta murid memberikan sebab keadaan sungai sedemikian.
2.    Pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan
3.    Guru mengedarkan foto kepada setiap kumpulan. (Lampiran 2)
a.    Kumpulan 1  :           Set 1 Foto Kawasan pertanian
                                 -  Kesan perubahan penduduk kepada sumber air di                   
                                    kawasan pertanian.
b.    Kumpulan 2  :           Set 2 Foto kawasan perindustrian
                                 - Kesan perubahan penduduk kepada sumber air di
                                   kawasan perindustrian
c.    Kumpulan 3  :           Set 3 Foto kawasan pelancongan
                                 - Kesan perubahan penduduk kepada sumber air di
                                   kawasan pelancongan
4.    Wakil kumpulan yang dilantik akan menjadi ahli panel forum. (Semasa P&P akan datang) Panduan mengendalikan forum seperti lampiran 2.
5.    Murid melengkapkan Lampiran 3
6.    Guru membuat rumusan hasil kerja murid
7.    Hasil kerja murid dipamerkan di sudut geografi kelas.

Refleksi.

Lampiran 1 - Gambar pencemaran sungai rujuk Internet.

Lampiran 2 –

Foto kawasan pertanian
Foto kawasan perindustrian
Foto kawasan pelancongan



Senarai kesan
Senarai kesan
Senarai kesan






Lamprian 3
Panduan mengendalikan forum
Sebelum forum:
1.    Guru membuka cadangan perlantikan pengerusi forum
2.    Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan
3.    Guru meminta setiap kumpulan mencalonkan wakil kumpulan sebagai ahli panel forum
4.    Guru membentuk jawatankuasa persiapan pelaksanaan forum
5.    Guru menayangkan contoh perjalanan forum
6.    Guru mengemukakan tajuk forum
7.    Guru bersama murid  membuat penetapan tarikh dan masa forum dijalankan.
8.    Guru memberi tugasan kepada setiap kumpulan
Kumpulan 1  :           Kesan perubahan penduduk kepada sumber air di kawasan
                                 pertanian.
Kumpulan 2  :           Kesan perubahan penduduk kepada sumber air di kawasan
                                 perindustrian
Kumpulan 3  :           Kesan perubahan penduduk kepada sumber air di kawasan
                                 pelancongan

Setiap kumpulan dikehendaki:
a.    Menyenaraikan kesan perubahan penduduk terhadap penerokaan sumber air
                                                                  i.    Berdasarkan maklumat di dalam foto dan sumber lain
                                                                ii.    Berdasarkan pengetahuan yang sedia ada
b.    Cadangkan langkah-langkah penerokaan sumber air secara terancang
              
Semasa forum:
1.    Jawatankuasa membuat penyusunan tempat forum
2.    Forum dijalankan di bawah pengendalian pengerusi forum
3.    Murid selaku penonton mengemukakan soalan kepada ahli-ahli panel.

Selepas forum:
Guru memberi tugasan susulan sebagai pengukuhan.

Lampiran 4

KESAN PERUBAHAN PENDUDUK TERHADAP ALAM SEKITAR DAN
LANGKAH PENEROKAAN SUMBER AIR SECARA TERANCANG. SUMBER
AIR KAWASAN PERTANIAN/PERINDUSTRIAN/PELANCONGAN

KESAN
LANGKAH PENEROKAAN SECARA TERANCANG



















TINGKATAN :           2
MASA             :           80 MINIT
TEMA             :           DINAMIK PENDUDUK
TAJUK           :           TABURAN PENDUDUK

HASIL PEMBELAJARAN

Standard Kandungan :
Murid hendaklah diajar:
a. Mengenal pasti taburan penduduk negara Malaysia: padat, sederhana, jarang
b. Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk negara
    Malaysia
c. Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk negara
    Malaysia

Standard Pencapaian :
Murid boleh:
a.    Mengenal pasti taburan penduduk negara Malaysia
                                                  i.    Padat
                                                ii.    Sederhana
                                               iii.    Jarang
b.    Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk negara Malaysia
c.    Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk negara Malaysia

Bahan Bantu Mengajar :  Peta taburan penduduk,  lembaran pengurusan grafik dan
                                                lembaran kerja.

Penerapan Unsur Pratriotisme :
Bersatu dalam kepelbagaian- berbangga dengan perpaduan penduduk negara Malaysia dan bertanggung jawab untuk mengekalkannya.

Langkah Pengajaran :
1.    Set Induksi
a.    Guru melukis 3 bulatan yang sama besar dan melebalkan bulatan sebagai A, B dan C di atas lantai.
b.    Murid bergerak seramai 10 orang untuk memenuhi bulatan A, 5 orang dalam bulatan B dan 2 orang dalam bulatan C.
c.    Selepas itu guru membuat rumusan untuk menerangkan konsep penduduk padat, sederhana dan jarang.
2.    Guru mengedarkan peta taburan penduduk Malaysia. ( Lampiran 1 )
3.    Murid mengenal pasti kawasan taburan penduduk- padat, sederhana dan jarang.
4.    Guru mengedar Lembaran Pengurusan Grafik dan meminta murid melengkapkannya. (Lampiran 2)
5.    Murid dikehendaki membentangkan hasil kerja yang telah dilengkapkan.
6.    Guru merumus faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk.
7.    Latihan pengukuhan. Murid diminta melengkapkan peta taburan penduduk negara Malaysia yang mungkin terdapat pada tahun 2050 dan memberi sebab mengapa taburan sedemikian berlaku.

Refleksi :

Lampiran 1- Peta Taburan Penduduk di Malaysia

Lampiran 2- Lembaran Pengurusan Grafik

Taburan Penduduk
Lokasi
Faktor yang mempengaruhi
  Padat


  Sederhana


  Jarang






















TINGKATAN :           2
MASA             :           40  MINIT
TEMA             :           KEMAHIRAN GEOGRAFI
TAJUK           :           KEDUDUKAN

HASIL PEMBELAJARAN

Standard Kandungan :
Murid hendaklah diajar:
a.    Mengenal latitud dan longitud.
b.    Menyatakan kedudukan sesuatu tempat berdasarkan latitud dan longitud.
c.    Menentukan kedudukan sesuatu tempat dengan menggunakan latitud dan longitud.

Standard pencapaian :
Murid boleh:
a.    Mengenal latitud dan longitud.
b.    Menyatakan kedudukan sesuatu tempat berdasarkan latitud dan longitud.
c.    Menentukan kedudukan sesuatu tempat dengan menggunakan latitud dan longitud.

Bahan Bantu Mengajar : Model longitud dan latitud, dan lembaran kerja.
Langkah Pengajaran :
1.    Set Induksi:
1.1 Guru mengimbas kembali tajuk lajur dan baris di tingkatan satu
      dengan menyuruh murid-murid menyatakan susunan meja dan kerusi
      dalam kelas mereka.


 

Lajur



                                                                                                                                                                       Baris

1.2  Mengenalpasti garis yang menegak dan mendatar di atas glob.
1.3  Guru memanggil murid menulis di atas papan tulis jenis-jenis garis di
       atas glob
1.4 Guru memberi penegasan tentang dua jenis garisan yang akan
      dipelajari hari ini dengan menyesuaikan istilah lajur dan baris dengan
      tajuk latitud dan longitud iaitu istilah yang berbeza tetapi mempunyai
      maksud yang sama.

 

Lajur

                                                                                                                                                Baris


 
                                                                Longitud                                                                                           Latitud

2. Guru memberi penerangan tentang garisan latitud dan longitud.

                                         Utara

 




Barat                                                                             Timur







                                         Selatan
Latitud dilukis secara mendatar  di atas globe atau atlas dari barat ke timur.

Setiap latitud ialah satu bulatan penuh dan selari dengan Garisan Khatulistiwa.

Longitud ditulis secara menegak dari kutub utara ke kutub selatan.
3. Guru mengimbas kembali kedudukan dengan cara koordinat iaitu titik persilangan
    lajur dan baris.
4. Guru menunjukkan cara menentukan kedudukan berdasarkan latitud dan longitud.
4.1 Contoh cara menentukan kedudukan berdasarkan latitud


 
                                                                                 X




 
               Latitud



                                                          
                                                  Longitud

Bacaan bermula daripada latitud, kemudian longitud.
4.2 Cara untuk membaca kedudukan


                                                1020T
                                                                                    Kuala Lumpur


 


                                                                                          030U
                      Latitud


                                                                Longitud

Kedudukan Kuala Lumpur terletak di latitud 030 U, longitud 1020T

Bacaan bermula daripada nilai latitud, kemudian nilai untuk longitud. Keduduakan X ialah 030 U 1020 T

5.  Murid membaca kedudukan arah seperti “ time-out” dalam sesuatu permainan
atau “ Ultraman” dalam rancangan kartun.
6. Guru menunjukkan cara menentukan kedudukan sesuatu tempat menggunakan
    latitud dan longitud





 


                                  AA                        AAA








 








Titik  A – 600 U, 250B
         B – 600U, 200T
         X – 600S, 200T
         P – 600 S, 250B

7. Diakhir pembelajaran, guru memberi tugasan untuk menguji kemahiran murid dalam
    menentukan kedudukan sesuatu tempat menggunakan latitud dan longitud.

Refleksi.

Lampiran

Contoh tugasan:



 


             P



 


    Q                                                              S



          
               R

Titik

Bacaan

P




Q




R




S



















TINGKATAN :          2
MASA              :          40 MINIT
TEMA              :          PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
TAJUK            :          PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN

HASIL PEMBELAJARAN

Standard Kandungan :
Murid hendaklah diajar :
a. Perkembangan pengangkutan negara Malaysia.
            Darat (jalan keretapi)
b. Menghuraikan perkembangan sistem pengangkutan negara Malaysia.

Standard Pencapaian :
Murid boleh :
a. Menyatakan perkembangan pengangkutan negara Malaysia.
b. Menghuraikan perkembangan sistem pengangkutan negara Malaysia.

Bahan Bantu Mengajar :
Peta Malaysia, benang (kuning dan merah).

Langkah Pengajaran :
1. Set Induksi :
Guru memaparkan jenis-jenis keretapi zaman dahulu hingga kini. Contohnya keretapi stim, keretapi elektrik dan ERL.
2. Guru menerangkan perkembangan jaringan jalan keretapi seperti berikut ;
2.1  Guru memaparkan peta yang menunjukkan jalan keretapi dari  Taiping ke
       Kuala Sepetang / Port Weld  dan Kuala Lumpur ke Port Swettenam/ 
       Pelabuhan Kelang.
2.2  Murid dikehendaki menghubungkan bandar-bandar tersebut dengan
       menggunakan benang merah.
2.3  Murid dikehendaki menyambungkan  dengan benang kuning bandar-bandar
       tersebut.
                        a. Padang Besar              Alor Setar             Butterworth           Ipoh       
                        Kuala Lumpur              Seremban             Johor Bharu
                        b. Gemas               Jerantut               Gua Musang               Tumpat
2.4  Murid dikehendaki meneliti peta Perkhidmatan Rel Bersepadu di Bandar
       raya Kuala Lumpur.
            a. Komuter
            b. STAR – LRT
c. PUTRA – LRT
d. KL Monorel
e. ERL
3. Guru meminta murid melukis semula jaringan jalan keretapi pada peta yang
    diedarkan.

Refleksi :










PETA MALAYSIA













Tiada ulasan:

Catat Ulasan